Nak kurus? Anda pun boleh. Ini kisah saya.

Nak kurus? Anda pun boleh. Ini kisah saya.



Ini Kisahku


Disepanjang tahun 1997-2000 (3 tahun) berat badan saya seperti yoyo sekejap naik, sekejap turun dan pernah mencecah sehingga 72kg. Dengan ketinggian cuma 160cm, 72kg itu saya rasa sudah tergolong dalam kategori obes. Cumanya pada waktu itu saya tidak serius memikirkan tentang faktor kepentingan kesihatan yang baik. Saya yakin faktor umur telah membuat saya terlalu lalai dan naif. Mungkin saya beranggapan yang usia semuda 26 tahun, kulit masih tegang, wajah masih tampak elok, selulit tidak kelihatan, mana mungkin saya akan mendapat penyakit seperti jantung atau kencing manis. Paling teruk pun, saya cepat letih... Tambahan pula saya ada boyfriend...itu antara penyebab saya selesa dengan berat dan bentuk badan pada waktu itu. Kemudian saya berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki yang begitu comel dan bijak. Saya menjalani tempoh berpantang yang penuh dengan cara dan adat orang dulu-dulu kala. Begitu banyak pantang larang yang mana mengikut ibu saya, itu semua untuk kebaikan saya dikemudian hari. Tamat tempoh berpantang, saya nampak langsing, perut kempis dan wajah muka nampak begitu berseri. Namun begitu, entah di mana silapnya, tanpa saya sedari, setelah setahun melahirkan anak, berat badan saya naik mencecah 90kg.

Lihatlah gambar-gambar saya. Percaya atau tidak, saya sendiri bila tengok kembali gambar-gambar itu hari ini seakan susah untuk menerima kenyataan yang itu adalah saya.

Saya mula terasa bahawa saya perlu menurunkan berat badan pada tahun 2007. Banyak kaedah telah saya guna antaranya dengan mendaftarkan diri di gim dan mengambil jurulatih peribadi. Saya juga menjaga pemakanan, dan ia bertahan selama 4 bulan. Turunlah sedikit berat badan dan saya mula happy. Saya hilang semangat apabila jurulatih peribadi saya berhenti kerja. Hati berkata, ‘habislah aku, macam mana nie?” Bila sorang-sorang melakukan senaman yang sebenarnya tidaklah seseronok kalau dibandingkan bershopping, perasaan bosan yang teramat mula datang dan saya pun makin jarang-jarang ke gim. Saya seorang manusia normal yang sentiasa terpesona pada iklan-iklan di akhbar mahupun internet. Pantang dengar atau baca, apa pun saya akan beli dan minum. Dengan semangat bahawa itu semua akan membantu saya untuk kurus. Sebut saja apa produk dipasaran yang boleh membuat saya kurus saya dah mencuba semuanya. Tanpa disedari sebenarnya ia merosakkan sel-sel badan saya. Bukan badan saya yang kurus tetapi poket saya yang kurus. Boleh saya rumuskan bahawa pencarian saya bermula dari tahun 2007 sehinggalah kehari ini. Hanya setahun kebelakangan ini barulah saya bertemu formula yang sesuai untuk saya.


Mungkin ramai diluar sana seperti saya. Terperangkap di dalam kealpaan sendiri dan mencuba serta berusaha untuk mencapai keinginan kita. Saya perlu kuruskan badan kerana saya sudah tergolong dalam kategori obes. Itu penyakitkan... Pada awal tahun 2010, saya mula serius untuk menurunkan berat badan. Mendaftar semula di gim. Mula belajar melalui internet. Saya juga pernah menjadi member didalam website The Biggest Loser. Objektif saya untuk belajar dan mendalami ilmu berkaitan kalori. Walaupun ada yang mengatakan nak kira kalori itu sangat mudah, dan saya hanya membazir duit, saya tidak kisah. Matlamat saya, saya ingin belajar. Alhamdulillah, ia amat membantu. Oh ya! Lupa saya. Saya juga mempunyai seorang sifu yang sentiasa memberi semangat untuk saya menurunkan berat badan. Beliau merupakan sahabat baik saya diwaktu susah dan senang. Kalau takde beliau, saya tak rasa saya mampu untuk kelihatan berbeza hari ini.

Saya pasti ada tidak diantara you all yang ingin menurunkan berat badan dan merasakan amatlah susah lemak tu nak hilang, makan lebih sikit, amboi, cepat je berat naik. Saya tergolong di dalam kategori itu. Ya Allah...Kalau semangat tak kuat dah lama saya give-up tau. Sifu saya sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk saya. Selama setahun (tahun 2010) saya mencuba secara lebih serius, trial-an-error macam-macam. Sifu saya adalah trainer saya di gim. Bermacam kaedah beliau gunakan. Lemak saya begitu liat nak hilang. Awal tahun 2011, saya mula mendalami ilmu berkaitan gaya hidup sihat. Saya belajar dari internet dari mereka yang masuk sukan bina badan. Antara perkara penting yang saya belajar adalah tentang cara senaman yang betul dan pemakanan yang seimbang. Saya mula belajar bahawa senaman bukanlah segala-galanya... paling penting adalah apa yang kita makan. 60% dari pemakanan, 30% dari senaman dan 10% adalah rehat yang cukup. Termasuklah pengambilan suplimen yang cukup. Yes...!!!! saya dah dapat formula itu akhirnya.... Berat badan saya turun ke 68kg di awal tahun 2011. Formula dah dapat, tetapi untuk mempraktikkannya amatlah susah... Kenapa ya? Saya cuba mengawal pemakanan saya tetapi amat susah. Sifu saya yang tidak pernah mengenal erti putus asa, sekali lagi mencari sebab di mana silapnya berat badan saya begitu susah untuk turun walaupun saya menjadi pengunjung setia gim dan pelajar yang begitu berdisiplin.

Saya tau, ada diantara you all akan kata, badan saya membina otot dengan banyak kot... dan otot adalah lebih berat dari lemak... saya setuju. Betul, bentuk badan saya menampakkan perubahan yang begitu ketara tetapi, masih tidak cukup untuk saya kerana usaha saya terlalu kuat. See, susahkan lemak yang dah lama duduk dalam anggota badan kita nak membakar? ada ke diantara you all seperti saya? Nasihat saya, jangan putus asa... Teruskan... di dalam pencarian saya itu, saya juga telah mula belajar mengambil brown rice... tidaklah bermakna nasi putih saya ketepikan terus, tidak. Susah jugak sebab di kedai-kedai makan mana ada brown rice... apabila saya berjaya menurunkan berat badan dari 90kg ke 65kg, dalam tempoh 5 tahun ini, timbul minat untuk menceburkan diri di dalam perniagaan yang berasaskan kecantikan dan kesihatan... Tiada wanita yang dapat dipisahkan dari kecantikan... Setuju...?? hahaha...

Pada bulan Disember 2011, menemukan saya dengan produk jenama Eskayvie. Sebenarnya saya diperkenalkan dengan produk ini pada bulan October 2010. Tidak saya endahkan pada mulanya. Redianze, makanan antipenuaan 2 dalam 1.... Kolagen yang mengembalikan otot-otot badan saya menjadi muda dan sihat secara tidak langsung saya juga menjadi muda. Maksud saya, lebih sihat, cantik dan berseri... sungguh...!!! itu yang saya rasakan dan percaya...! Entahlah... Saya makan Redianze hanya tidak sampai 2 bulan, berat badan saya turun lagi sebanyak 3kg. Untuk orang seperti saya yang telah mencuba pelbagai kaedah dan cara untuk menurunkan berat badan, tentunya 3kg didalam tempoh kurang 2 bulan adalah satu pencapaian yang amat saya banggakan dan gembira. Seperti saya katakan, saya tergolong di dalam kategori yang senang naik berat tetapi susah untuk turun berat... tentunya saya amat bersyukur pada ketika ini. Entahlah susah untuk saya gambarkan dengan kata-kata....Mereka yang sedang dan pernah melalui pengalaman seperti saya mungkin dapat memahaminya... Hari ini berat saya telah menurun menjadi 61kg. Saya percaya ramuan yang berkualiti dengan sukatan yang betul di dalam Redianze banyak membantu saya dari segi pengawalan berat.

Haah..!! satu lagi, jangan lupa detok., iaitu pembersihan toksin dalam badan. Proses ini amat penting tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda. Pernah tak you all berjumpa dengan orang yang perutnya boroi, tetapi dengan gah mengatakan yang dia sihat dan tidak mengamalkan pengambilan suplimen? Saya pernah... Saya tidak percaya dia sihat. Saya yakin kolesterol dia tinggi. Kenapa tidak sekurang-kurangnya orang seperti ini menurunkan ego dia sedikit sahaja dan melakukan detok? Detok akan membantu mengempiskan perut... Detoks akan membantu membuang toksin yang jika disimpan lama, akan menjadi racun di dalam badan dan menjadi punca kepada penyakit-penyakit merbahaya…Detok mampu untuk membantu menurunkan berat badan. Dan paling best, dengan detok, saluran usus kita akan lebih bersih dan membantu kepada penyerapan nutrien yang lebih baik. Produk apa yang saya amalkan? Tentu sekali Nutrelle yang diformulasikan oleh Dr Syid. Rasanya sedap, penyediaannya mudah, kesan yang segera dan pastinya halal dari JAKIM yang mana tiada sedikitpun ada rasa was-was berkaitan ramuan di dalamnya. Siapa yang tidak mahu perut yang kempis... Kalau you all adalah pengunjung tetap gim, tentu malu untuk mengaku pada rakan-rakan yang you all itu tiap-tiap hari lepak di gim, walhal perut boroi... sure rakan-rakan you all gelak dan tidak percayakan..? Bagi wanita, tentunya perut yang kempis adalah satu idaman. Cantik dimata sendiri dan cantik dimata suami...

Hari ini, pengambilan suplimen Redianze, Nutrelle, Reverse serta rutin senaman dan penjagaan pemakanan menjadi amalan saya kerana saya berazam untuk mendapatkan berat badan ideal iaitu 58kg. Saya yakin saya sudah semakin hampir. Lihatlah gambar-gambar terbaru saya dibawah.

Oh ya... Mungkin ada yang bertanya, kenapa saya beriya-iya nak kurus dan mengapa sekarang? Jawapan saya adalah kerana anak tunggal saya... saya perlu sihat, untuk dia. Tidak salah menjadikan seseorang yang amat kita sayangi sebagai kekuatan untuk kita mencapai sesuatu...Juga kerana sifu saya. Untuk melihat saya sihat, beliau sanggup mengeluarkan duit yang banyak. Bayarkan fees gim, belikan suplimen-suplimen, sentiasa mencari kaedah atau senaman yang sesuai untuk saya... Pendapat peribadi saya, apabila seseorang itu obes, dia adalah terlalu hampir kepada pelbagai penyakit... Kencing manis, darah tinggi, jantung, kolestoral tinggi, kerosakan buah pinggang, hati rosak... dan saya takut... amat takut... Kesiankan anak saya jika saya berpenyakit merbahaya... Jadi saya perlu menguruskan badan untuk menjauhkan saya dari penyakit-penyakit yang menakutkan itu. Setidak-tidaknya saya telah berusaha... Anak saya adalah pengkritik hebat... Saya bangga apabila dia kata “mama, perut mama dah tak lembik-lembik tak gegar-gegar macam dululah...” Hahaha...

Kepada mereka yang tiada masalah berat badan, masih muda dan sihat, jagalah apa yang anda ada... peruntukkan sejumlah kecil dari pendapatan anda untuk kesihatan. Tidak rugi. Pelaburan jangka panjang namanya... Dr Syid yang memformulakan Redianze sering berkata, umur akan terus bertambah tetapi untuk nampak berumur atau lebih muda adalah pilihan masing-masing. Jadi, renung-renungkanlah.


Nasihat saya kepada mereka yang seperti saya, jika anda sedang berusaha untuk turunkan berat, syabas..!! Kuatkan semangat. Ingatlah...!! jaga pengambilan makanan ye.. lakukan senaman, ambil suplimen dan rehat cukup, insya’Allah pasti menampakkan hasil. Kenapa suplimen? Hahaha... dari gemuk jadi kurus, banyak yang akan kelihatan beb... stretch-mark dan selulit akan paling ketara. Jadi pengambilan suplimen akan banyak membantu. Alami dan rasainya, then you all akan faham...

Perjalanan dan pencarian selama 5 tahun memberikan pengalaman dan ilmu yang hebat buat saya. Penurunan berat hampir 30kg dengan kaedah yang sihat dan tidak merbahaya adalah bukti kepada kesungguhan itu. Kepada anak dan sifu saya, terima kasih dan apabila berat saya turun ke angka 55kg, pasti kejayaan itu akan kita raikan bersama….