Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri
CEO Eskayvie Sdn. Bhd.
- Beliau merupakan graduan bidang perubatan lulusan Vrijie Universiteit Brussels, Belgium.
- Pernah berkhidmat di Hospital Pulau Pinang serta Hospital Kangar, Perlis.
- Memiliki klinik persendirian serta memberi perkhidmatan kepada rangkaian klinik swasta di ibu negara.
- Seorang doktor pakar dalam rawatan moden, alternatif dan anti penuaan.
- Beliau terlibat di dalam kajian dan penyelidikan perubatan serta memberi khidmat nasihat perubatan di majalah-majalah sebagai kolumnis tetap antaranya Mingguan Wanita, Harmoni, Maskulin dan Nona.
- Pernah diundang untuk berkongsi pengetahuan di dalam media televisyen seperti Majalah 3, Bincang Petang, Agro Jurnal, Business Hari Ini, Money Tree, Wanita Hari Ini, Medik TV dan Selamat Pagi Malaysia.
- Pengalaman beliau yang meluas dalam bidang kajian dan formulasi produk selama lebih 15 tahun memberi satu kemantapan kepada cetusan formulasi produk-produk Eskayvie dengan kerjasama saintis antarabangsa dari Italy, Jepun dan Sweden untuk melahirkan rangkaian produk-produk kecantikan dan kesihatan yang efektif dan berkualiti tinggi.
Pn. Kartika Wati Mohamed
Pengarah Urusan Eskayvie Sdn. Bhd.
- Seorang graduan cemerlang lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan penerima Anugerah Canselor bagi Pelajar Terbaik pada tahun 1994.
- Beliau merupakan seorang peguam yang telah mengembangkan kariernya sebagai seorang ahli perniagaan.
- Mempunyai 3 cawangan firma guaman dan beberapa perniagaan lain dimana syarikat beliau berjaya memperoleh kontrak dari beberapa kementerian dan juga syarikat-syarikat individu.
- Minat yang mendalam dan keazaman yang kuat bagi menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti mendorong beliau untuk menubuhkan Eskayvie pada tahun 2009.
- Sebagai seorang peguam yang sangat berpengalaman serta minat mendalam dalam bidang perniagaan, Pn. Kartika membawa bersama visi, pengalaman serta pemikiran dinamik dan terlibat secara langsung di dalam pembangunan produk-produk Eskayvie.
klik untuk image yang lebih jelas